disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 16 April 2024

Ilmu Metode Menghafal Al-Qur'an.

INILAH RAHASIA MENGHAFAL 1 BARIS 1 MENIT/Ziyadah Hafalanlangsung Mutqin - With Ammy Wildan Official

Cara cepat menghafal al-quran dan tidak mudah lupa (SecepatKilat ) Hafalan Cepat - Kuat - Lancar ‼️

CARA MENGHAFAL Al QUR'AN UNTUK ORANG YANG SUDAH TUA ||MENGHAFAL MUTQIN WALAU SUDAH BERUMUR‼️

TUTORIAL - KEMBALIKAN HAFALAN HILANG JADI MUTQIN ‼️ (DHOBITH MUBASYARAH )

HAFAL QUR'AN WALAU BUKAN SANTRI ‼️ - TUTORIAL MENGHAFAL WALAU BUKAN ANAK PESANTREN

Tingkatan Tingkatan Kecepatan Menghafal Al Qur'an - Ft Ammy Wildan Official (Jadi Cepet Menghafal )

Menghafal & Muroja'ah dengan Metode Gaza - Palestina ( Darul Qur'an Wa Sunnah Gaza)Ammy Wildan Ofc

BAHAS LENGKAP ‼️HAFAL QUR'AN DI JAMIN MUDAH - METODE SCANNING ala Syekh Ali Jaber Rahimahullah

COCOKLOGI ️ DALAM ILMU MENGHAFAL AL QUR'AN - WITH AMMY WILDAN OFFICIAL

Hafal Al Qur'an 30 Hari 30 Juz & Memutqinkannya ( Manfaat - Efek - Prinsip - Solusi) Ammy Wildan #1

Menghafal Al-Qur'an dengan Ilmu Fisika Quantum - ( Rumus - Kolerasi - Positifitas )

Kesadaran Membaca Al Qur'an | The Awareness Of Reading Qur'an - Ft Ammy Wildan Official

Jumaat, 12 April 2024

Raikan Syawal Dengan Penuh Rasa Syukur & Berkongsi Kebahagiaan.


🌜SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI🌛
 ❤️️MAAF ZAHIR DAN BATIN❤️


Daripada
Md Idris & seisi keluarga.

                                 ~~~~~~~~~~~~


Aidilfitri di bulan syawal bergema dengan takbir memuji ilahi. Kehadiran Aidilfitri yang disambut dengan keluarga tersayang sudah pasti memberi makna yang cukup manis dan amat besar ertinya kepada kami. Syawal adalah kemenangan yang diraikan setelah kita berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Sama-sama kita doakan segala amalan sepanjang bulan Ramadhan yang baru berlalu diterima oleh Yang Maha Esa. 

Musim perayaan sebegini adalah masa sesuai untuk menyemarakkan amalan silatulrahim disamping mengadakan sebarang aktiviti atau perancangan yang melibatkan ahli keluarga. Pembabitan semua ahli keluarga dalam apa jua aktiviti akan membawa manfaat kepada hubungan kekeluargaan. Cubalah sedaya upaya menyertai atau membantu menangani apabila timbul sebarang permasaalahan yang melanda ahli keluarga untuk meringankan bebanan yang mereka hadapi. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Wujudkan permuafakatan dalam sesuatu keadaan iaitu sama-sama memikul tanggungjawab ketika susah maupun ketika senang.

Muliakan tetamu dan sentiasa menyuburkan ikatan persaudaraan dan menyambungkan silaturahim sesama keluarga dan jiran. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Apabila tetamu datang ke rumah, disunatkan untuk memuliakan tetamu selagi tidak ada kekangan dan kesukaran. 

Menyambung hubungan silaturahim dengan keluarga dekat dan yang jauh adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Raikan Syawal dengan penuh keimanan dan keriangan bersama keluarga yang tercinta. Ambillah peluang untuk merapatkan silaturrahim sesama kita. Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan. Semoga Syawal ini mejadi kenangan manis untuk kita kenang.

Hubungan kekeluargaan samaada yang miskin atau yang kaya, semuanya berada dalam satu jaringan keluarga. Jangan sesekali menafikan hubungan kekeluargaan dan sanggup mengaku tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga yang mungkin tidak sehaluan dengan dirinya atau berlaku perselisihan faham dalam kehidupan. Percanggahan pandangan, perbezaan prinsip dan sebagainya adalah lumrah dalam kehidupan, bertindaklah secara rasional dan elakkan hubungan kekeluargaan dari terputus.

Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur atau bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala. Dua perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku. Jika sesuatu yang dituturkan menghina atau menjatuhkan maruah seseorang atau boleh mendatangkan mudarat dan keburukan, lebih baik kita berdiam diri.     

 

Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini kami anak-beranak menyambutnya secara sederhana untuk meraikan saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan dengan sedikit hidangan disediakan. Kehadhiran mereka beraya di rumah kami agak memberangsangkan. Tiada menu istimewa disediakan melainkan menu yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu beberapa jenis kueh/biskut raya, lontong, laksa penang, nasi air dan bihun sup. 

Sebagai tuan rumah, kami sentiasa gembira dan bersedia menerima kunjungan tetamu kami kerana tetamu yang datang membawa rahmat dan keberkatan.

Foto ahli keluarga dan tetamu yang hadhir:

































#Foto Di Pagi Hari Raya - Dua orang adik beradik lelaki ambo bersama keluarga masing-masing yang tak dapat beraya bersama kami pada tahun ni:



LAGU RAYA RARE | Menggamit Memori Silam:


Ahad, 7 April 2024

Dua Kegembiraan Orang Berpuasa.

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ …. لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ 

 

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda… Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti…. 

(H.R. Muslim No : 1945)  Status: Hadis Sahih.

 

Pengajaran: 

1.  Bagi orang puasa, mereka akan mendapat kegembiraan ketika berbuka kerana dapat makan dan minum serta menghilangkan  rasa lapar dan dahaga selepas menahannya di siang hari.

 

2.  Kegembiraan kedua apabila dapat bertemu Allah kelak. Ia hanya akan terhasil dari puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, menjaga segala syarat, kehendak dan mengharap keredhaan Allah. Hal ini penting untuk kita meraih kegembiraan yang hakiki di akhirat dengan ganjaran keampunan.

 

3.  Bukan sekadar rasa nikmat selepas menahan lapar, iaitu tidak sekadar letih jasmani. Tapi yang kita inginkan juga nikmat rohani. Hubungan dan ikatan kita dengan Allah SWT  menerusi amalan kita. Ibadat yang benar-benar bertunjangkan keikhlasan dan kehambaan dalam menjalaninya.

 

4.  Marilah kita berusaha meraih kedua-dua kegembiraan. Kita menjaga dan melatih mulut, pandangan dan segala pancaindera yang lain agar akur kepada perintah Allah.

 

5.  Mohon jauh dari puasa yang sia-sia. Jika hanya kegembiraan yang pertama kita raih, rugi dan sia-sialah kita. Rugi juga jika hanya perut yang lapar, tapi nafsu masih sentiasa kenyang. "Dedah aurat, pergaulan bebas, asyik dengan hiburan, web lucah, mengumpat, menghina, dedah aib, berkata kotor, menyebarkan fitnah dan perkara yang tidak betul menerusi media sosial spt whatsApp, telegram, FB serta  bermacam-macam lagi dosa lain. Andai solat yang ditinggalkan, maka tiada guna seluruh puasanya".

 



Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...
Jadikanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati. 
Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu. 
Jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus segala dosa2 kami.

Ya Allah...
Terimalah amalan kami. 
Terimalah taubat kami. 
Ampunkanlah dosa kami. 
Amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi. 
Kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya.

Dalam keghairahan kita untuk meraikan Aidilfitri yang bakal menjelma, sewajarnya kita merenung sejenak apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun akan datang.

Kita sering mendengar tentang berita kematian secara mengejut yang melibatkan sanak saudara, rakan sekerja, mahupun jiran tetangga. Sebahagiannya kelihatan sihat dari segi fizikal tubuh badan, muda dari segi usia, namun tidak disangka-sangka ajal datang menjemput.

Malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa menjemput, dalam keadaan kita tidur, menonton televisyen, maupun ketika makan di restoran mewah bertaraf 5 bintang bersama kenalan yang kaya raya. Kematian boleh datang secara tiba-tiba, di mana-mana saja kita berada, sama ada ketika kita sudah bersedia mahupun kita masih terleka. 

Oleh itu isikan usia yang masih berbaki ini untuk beribadah sebanyak mungkin dan mohon agar Allah swt ringankan setiap gerak langkah kita untuk beribadah. Gandakan ibadah dengan perbanyakkan solat sunat, ruangkan masa membaca al quran secara istiqomah. Teruskan menyumbang, bersedekah dan infak pada bulan penuh keberkatan ini dan bulan-bulan seterusnya.

والله أعلمُ بالـصـواب

 

07hb April 2024
27hb Ramadan 1445H

Khamis, 4 April 2024

Aktiviti 'Geng Ngaji' Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1445H.


Satu aktiviti gotong royong di Masjid Mukim Padang Enggang berjaya dilaksanakan menjelang kedatangan 1 syawal 1445H. Gotong royong berskala kecil ini dilakukan oleh ‘Geng Ngaji’  selepas mereka khatam al quran dua hari lepas. Sudah menjadi amalan mereka mengadakan gotong-royong membersihkan masjid terutama  ketika umat Islam di ambang menyambut kedatangan Hari Raya.

Aktiviti ini dilakukan sebaik saja mereka selesai melakukan solat dhuha, mereka melakukan pembersihan kawasan perkarangan belakang masjid, mengemas stor, membersihkan sejadah dan ruang solat wanita.

Berikut beberapa foto aktiviti mereka: