disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 19 Februari 2016

Sumbangan Dari Tuan-puan Masih Diperlukan - Baikpulih Masjid Mukim Padang Enggang..



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kerja-kerja baikpulih bangunan utama Masjid Mukim Padang Enggang akan melibatkan:

1. Menukar lantai kayu pada ruang utama masjid  kepada konkrit. Ruangan lantai tersebut berkeluasan 2100 kaki persegi
. Di tapak yang berukuran 42’ X 50’ inilah bermulanya sejarah pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang 56 tahun yang lalu.

2. Menguatkan struktur bangunan utama masjid dengan menggantikan semua tiang kayu dan rasuk (timber beam) dengan tiang dan rasuk konkrit (concrete beam) dengan mengambil kira cadangan untuk membesarkan lagi binaan masjid pada masa akan datang.

3. Membuat sistem pendawaian letrik yang baru meggantikan yang sedia ada.

4. Mengecat semula dinding  masjid yang terlibat dengan kerja baikpulih.

Sumbangan Tuan-puan dan para dermawan samaada dalam bentok kewangan atau bahan binaan seperti pasir, simen, batu bata, besi, cat dan lain-lain amat diperlukan untuk menyiapkan kerja baikpulih tersebut. Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun: AJK MASJID MUKIM PADANG ENGGANG – NO AKAUN MAYBANK: 553104307197.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Fauzi Deris (Bendahari) No H/P: 011- 10620190

Semoga setiap ringgit yang yang Tuan-puan infaqkan menjadi amal jariah yang berterusan buat diri sendiri juga kedua-dua ibubapa.. terima kasih.



Kerja konkrit lantai pada ruang solat utama masjid pada 18 Feb 2016.






12 Mac 2016, Lantai kayu pada ruang solat wanita juga akan diganti sepenuhnya kepada binaan lantai konkrit.



Haji Zakaria Ismail, Tok Siak
 Masjid Mukim Padang Enggang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.