Sukacita dimaklumkan kepada semua muslimin dan muslimat yang
dirahmati oleh ALLAH sekelian, pendaftaran untuk memasuki kelas Al-Quran bagi
sesi Januari 2017 kini telah bermula dan akan berakhir pada 31 Disember 2016.
Ianya terbuka kepada semua peringkat umur (dewasa dan kanak-kanak). Syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut hendaklah sekurang-kurang berumur 6 tahun pada 1 Januari 2017.
Kelas Pembelajaran ALQuran yang akan dikendalikan oleh Akademi Al-Quran, Masjid Al-Khairiah yang akan diadakan di lokasi berikut:
MASJID HJ ZAKARIA
KAMPUNG PADANG ENGGANG
JALAN PASIR HOR,
15100 KOTA BHARU
KELANTAN DARULNAIM.
Pendaftaran masuk -
PERCUMA
Yuran bulanan - PERCUMA
Sehubungan itu kami mengalu-alukan muslimin dan muslimat yang berminat menyertai program ini. Sebarang pertanyaan mengenainya kelas tersebut, bolehlah
berhubung terus dengan :
- Dato Azaha – 0139200300
- En Asri – 0139212988
- Cg Kamil – 0179244866
- Ust Ismail - 01155006573
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.